"amiratulnatasya"

amiratulnatasya

Do you love me ?


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here

<




}
Saturday, August 2, 2014 | 9:23 AM | 0Comment

  
Alright, topik kali ini. Tips nak mengorat. Bunyi macam agak senget. Hihi. Ini tips untuk pompuan nak ngorat lelaki sahaja, okay. Biasa lah zaman sekarang kan sudah moden. Kalau dulu, lelaki lah yang duk jadi kumbang mencari bunganya tapi sekarang, perigi cari timba. Memang pernah dengar dari member sendiri *budak lelaki* tapi tak pastilah pula kesahihannya betul atau tak. Haha. *merepek* So check it out !


1. Kenal pasti orang yang korang nak ngorat tu macam mana. Kalau dia tu suka makan korang kenalah belanja dia makan. Tapi Nampak tak macho pula pompuan belanja laki makan. Hik3. Tak pun korang boleh lah masak untuk laki tu. Nampak arh jugak ada cirri-ciri bakal istri yang dicari cari. Lepas dapat ngorat boleh kawen terus. 

2. Tak kisah lah korang nak masak apa, janji sedap. Setakat telur goreng, nasi putih dan kicap pun dah cukup. Janji Nampak usaha korang untuk bagi bakal boipren korang tu makan. *Tapi tak semua laki suka. Sekrg diorang lg terror masak setakat macam tu* 
3. Ajak lah laki tu keluar. Kalau korang segan, bagi lah alasan yang bombastik. Tak mau lah setakat nak temankan g window shoping. Macam alasan tu tak kukuh. Cuba try, “Awak.. awak boleh temankan saya keluar tak? Saya nak beli hadiah birthday untuk ayah saya lah.. Saya tak tahu taste laki macam mana. Kalau awak ada, senang lah saya. Tapi kalau awak tak boleh teman, taka pa lah..” atau pun yang ni. “Boleh tak temankan saya g ____ *mana2 yang korang suka*. Saya takut lah nanti ada penyimbah acid, peragut, bla.. bla.. bla..” Ayat terakhir itu harusnya okay. Barulah laki tu rasa serba salah kalau tak temankan korang. Kena saiko sikit dia tuh. HAHA. 
4. Bila dah keluar tu, jangan lah busuk busuk. Mesti pakai perfume. Tapi janganlah over sangat. Taku takut laki tu pengsan pulak. Tapi kalau pengsan bagus juga bolehlah buat CPR. 
5. Korang pakai lah pakaian yang sedap mata memandang. Janganlah pakai baju yang terlalu sexy. Sexy sikit sikit taka pa lah. Haha. *sila abaikan tips yang tidak berguna* Kena tutup aurat nanti tak pasal pasal laki tu nak menggatal. Karang dia suka bukan sebab sayang tapi sebab nafsu. 
6. Kalau time tu dah nak sampai birthday orang yang korang nak ngorat tu, korang buatlah surprise party. Kalau nak romantic, buatlah dekat tepi tasik atau mana mana lah. Kalau segan ajak member sekali. Tapi wajib lah ada member, karang kena tangkap basah pula. Bolehlah kawen terus. *sila abaikan sekali lagi.* Ha, hidangan untuk makanan tu bolehlah korang masak sendiri. Masaklah apa pun janji ada macam tips no. 2. 
7. Hadiah jangan lupa. Kalau sebelum ni, dia cakap, dia suka sangat tengok jersi Manchester United. Tapi nak beli mahal sangat. Lagipun dia masih study. Kalau yang dah kerja pula, gaji cukup cukup makan je, nak bagi mak duit kat kampong lagi. Ni lah lelaki yang kita cari. So, korang kumpul lah duit sikit sikit. Alaa, bukannya selalu. Birthday pun setahun sekali je kan. So belikanlah dan bagi dia. Mesti dia suka punya lah. 
8. Bila time korang dating, tengah makan ke. Kalau ada tisu, ambil tisu tu dan tulis, “Saya suka tengok awak makan.. Comel sangat..” Lepas tu bagi tisu tu dekat laki tu. Confirm laki tu akan tersipu sipu malu. Aiseh! Dan lepas tu confirm laki tu simpan tisu tu siap frame lagi dekat rumah. Untuk merealisasikan tips ni. Kenalah simpan pen dalam handbag. Kalau tak, mana nak dating pen dekat kedai makan tu. 
Okay, cukup lah tips untuk mengorat. Selamat mencuba buat mereka yang ada berkenan kat sesapa. Tapi buat yang da ada boipren jangan sesekali buat tau. Kalau saya dah tak boleh, sebab kekanda saya dah selamat mengorat saya. Tapi rasa macam nak try gak tips nih berkesan atau tak. Hihi. Itu maknanya kena ngorat laki lain lah camni. Siapa agaknya ea? HAHA! *jangan marah awak*